Friday, July 9, 2010

hari kekasihku.........

Bimillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, syukurku kehadrat Ilahi kerana dengan segala rahmat dan hidayah dariNya, dapatku teruskan sisa hidup yang berbaki ini dengan sesuatu yang dapat ku manfaatkan bersama anda.

Ya Allah, belek punya belek, hari ni hari kekasihku dan anda. Tengok tarikh lagi, ya Allah, ana terlupa tentang hari yang sangat istimewa ini. Memang tidak dapat dimaafkan. Tapi, kekasih ini tidak pernah memaksa kita mengingati diri beliau, tidak minta disanjung hingga melambung, cukup dengan selawat dan salam keatas baginda dan ahli keluarga nya. itulah kekasih kita, yang amat menyayangi ummatnya.

ya Allah,
aku hambaMu, yang lemah lagi hina ini, mula menangisi sikap diri,
mula mengukur hati, budi,
mula meratap akan kekhilafan sendiri.

ya Allah,
Kau tetap mangasihi kami,
kau tetap merahamati kami,
kau tetap manggembirakan kami,
dengan mengurnia kami, kekasih Mu,
sebagai penyuluh jalan menuju redhoMu.

ya Rasulallah,
lama kita tidak bertemu,
jauhnya kedudukan antara anda dan diriku,
maafkan daku
kerana lupa dan alpa dalam mengingatimu.

ya Rasulallah,
kalau bisa kita bertemu,
daku mula terfikir akan diriku,
layakkah daku?
sepertimana harusnya daku?
bagaimana?.....

ya Allah,
sungguh itu yang ku fikir,
tidak tahu bagaimana,
maafkan diriku,
maafkan diriku,
maafkan kami semua.

allahumma salli a'la saiyidina wa maulana muhammad
wa a'la alihi washahbihi wa barik wa sallim......
sekian,wassalamualaikum warahmatullah.....

Monday, May 31, 2010

palestin dan gaza

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

hari ini,
mereka yg ingin membantu dihalang,
walaupun jelas tidak melawan,
tidak ada senjata ketika perlu mempertahankan,
tidak ada dalang atau penipuan.

hari ini,
jelas kepada kita siapa sebenarnya musuh yang perlu dilawan,
siapa yang sebenarnya ditawan,
hingga tiada belas kasihan.

apa?
kau ingat kami semua buta?
buntu atau bodoh kah?
nah.... kami tidak seperti yang kau sangka.
kami nampak dengan mata kepala,
kau bunuh mereka tanpa usul periksa.

siap kau,
wahai israel durjana,
kami tidak takut lagi dengan senjata,
yang kau acu dan hala,
kerana kami ada yang lebih berkuasa,
Allah Yang Maha Esa,
yang engkau tidak percaya,
kerana jelas didalam hadis,
nabi bersabda: aku didatangkan kepada ummatku dengan kelebihan
yang musuh kan takut walau jauhnya sebulan atau sehasta,
sebelum sempat bertempur atau berjumpa.

wahai ummat Islam yang tercinta,
jangan kau takut dengan mereka,
kerana mereka hanya manusia berwajah singa,
sedang hati seperti terjumpa hantu seekor sahaja,
teruskan perjuanganmu tanpa rasa,
letih pedih atau hina,
namun disebalik kata, ku tahu tidak mudah untuk dilaksana.
tapi tidak mengapa,
kerana Allah, Rasul sallallahu a'laihi wasallam
dan Islam tercinta

sekian, wassalam.

Ana Pon Tertanya-tanya

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum.....
 Alhamdulillah, hari ini, ana dapat lagi menghirup udara segar kurniaan Allah.

Masih lagi dalam nikmat terbesarNya iaitu nikmat iman dan islam......subhanallah.
Ana diberikan lagi nikmat saudara, punyai ibu bapa, punyai sahabat-handai dan segala macam nikmat dari Nya.
Nikmat-nikmat itu takkan dapat ana atau sahabat-sahabat hitung malah, ianya semakin bertambah tanpa disedari.
Namun, kita yang dinamakan manusia ini selalu melupai segala nikmat yang dikurniakan oleh Nya.

 ana tertanya-tanya,
apakah pernah kita selalu mengingatiNya?
apakah kita tetap mengikuti segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya?
adakah kita tetap akur dengan arahanNya?
apakah benar kita mencintaiNya?
apakah kita melakukan segalaNya secara ikhlas keranaNya?
apakah segalanya kita lakukan kerana mencari redhoNya?
apakah..............????

yaAllah,
sungguh diri ini jenis yang lupa,
jenis yang suka lalai dan leka,
tidak kira waktu dan ketika,
tidak kira dengan siapa atau dimana.

ya Allah,
kami memohon ampunanMu, yaAllah,
tanpa kami sedari, kami hanya mencari dunia,
melupakan akhirat,
mencintai yang fana,
hingga terlupa akhirat.

ya Allah,
ampuni dosa-dosa kami,
dosa ibu dan bapa kami,
dosa guru-guru, sahabat-sahabat dan tetangga kami yaAllah,
yaAllah masukkanlah kami dari kalangan hambaMu yang benar-benar beriman,
dan bersama kekasih Mu dan kami, Muhammad sallallahu a'laihi wasallam
dan........
amin, ya robbal A'lamin

moga ana sentiasa mengingati apa yang ditulis
moga dapat memberi sedikit manfaat pada kalian,
wassalamu a'laikum wa rahmatullahi wabarakatuh......

Wednesday, May 12, 2010

bila periksa datang lagi............

Bismillahirrahmanirrahim........
Assalamualaikum,

Hari ini, ana terfikir tentang satu situasi yang menarik. Semua orang suka. Semua orang jadi gelisah bila disebut-sebut namanya. Semua orang sibuk, kalut, dan macam-macam lagi.

bila imtihan datang,
tanpa kita sempat bersedia,
kita jadi resah sangat,
katanya"aku belum habis ulang kaji"
belum sempat jawab soalan yang guru beri,
belum baca nota-nota ringkas lagi.

entahlah......
sebab syeikh kata, imtihan itu ada tiap-tiap hari,
dalam pelbagai situasi dan keadaan,
bukan hanya waktu tertentu......

hmmm.......
jom lah pergi study,
takut tak sempat, nanti teruk lagi
salam imtihan buat sahabat-sahabatku
wassalam...........

Tuesday, May 4, 2010

sedar dan insaf

 Bismillahirrahmanirrahim........
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan segala nikmat yang di kurniakanNya, dapat juga ana memperbaharui isi di dalam blog ini......

Pada hari ini, ana terfikir, atas sebab apakah ana menulis blog? Ana juga tertanya-tanya, apakah ana mampu untuk menyusun masa ana diantara berblog dan belajar? Ana terfikir lagi, tidakkah ana terbeban dengan tanggungjawab baru, iaitu menyebarkan ilmu dan tidak membuang masa yang ada?

Rasanya, semuanya tidak dapat ana jawab. Namun apa yang ana harapkan, moga ana mampu melakukan yang terbaik. Terus terang ana katakan bahawa, ketika ana menulis terdapat banyak kesalahan. Tetapi ana masih tercari-cari dimana kesalahan itu.......moga pada yang menjumpai kesalahan itu menegur dengan segera.

Ana juga berpesan pada diri sendiri, yang ana menulis seperti ana sedang bercakap. Jadi ana perlulah berhati-hati ketika melontarkan sebarang kata-kata agar dapat dimanfaatkan bersama.

yaAllah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
ku pohon petunjuk dan taufik serta hidayah dari Mu 
agar hidup ini terlorong dengan cahaya dan redhoMu
amin.......
sekian , wassalam....

Friday, April 16, 2010

gambar laa.....

Bismillah, walhamdulillah
Assalamua'laikum warahmatullah
Ana pamerkan beberapa keping gambar untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada sahabat-sahabat seperti yang telah ana janjikan didalam post yang lepas......tetapi, hanya bagi kuliah usul. Kalau kuliah lughah nanti ye.....yang syariah, dalam blog sahabat ana ada(link dibawah).

jadual kuliah selepas sebulan kuliah bermula

ketika minggu pertama kuliah di buka....

6 mata pelajaran, sem 1

10 mata pelajaran, sem 2 (termasuk al-quran & bahasa inggeris)

buku rujukan tambahan

buku rujukan lagi

Tapi kalau gambar kuliah / tempat pengajian berlangsung bolehlah merujuk blog sahabat ana
http://pu3balqiss.blogspot.com/...yang bulan januari, ok.
-hehe, minta izin ye, tuan blog, ana letak link blog anti di dalam post ana.... maaf.- 
terima kasih kerana membaca dan melihat.
wallahu a'lam
wassalam.




Thursday, April 15, 2010

Kuliyyah Usuluddin

Assalamualaikum warahmatullah.....

Seperti yang dijanjikan, ana akan menceritakan sedikit tentang kuliyah ana dan sahabat-sahabat ana. Secara umumnya kuliyah kami di panggil Kulliyyah Addirasat Al-islamiah Wal A'rabiah yang mana dibawahnya terdiri daripada kuliyah syaria'h dan usuluddin. Manakala bagi kuliyah lughah a'rabiyah diletakkan berasingan..

Kuliyyah Usuluddin: mempelajari tentang tauhid, asas dakwah, al-quran dan hadis serta ulumnya, perbandingan agama dan tasawwuf secara mendalam.
turut mempelajari bahasa inggeris(tidak wajib), nahu dan fiqh.
-16 matapelajaran, tahun 1(kuliyah ana)

Kuliyyah Syariah: mempelajari fiqh dan perbahasannya seperti usul fiqh, fiqh empat mazhab serta fiqh semasa. kesemuanya dipelajari secara mendalam.
turut mempelajari bahasa inggeris(tidak wajib), tauhid dan nahu.
-12 matapelajaran, tahun 1

Kuliyyah Lughah A'rabiyah: memperdalam ilmu bahasa a'rab seperti balaghah, nahu saraf, dan lain-lain.
turut mempelajari ilmu bahasa inggeris(tidak wajib),tauhid dan fiqh.
-11 matapelajaran, tahun 1

* "turut mempelajari": tidak hanya mempelajari pelajaran yang berkaitan dengan kuliyyah sahaja walaupun tidak secara mendalam.

Wallahu a'lam.....
ana memohon teguran atas segala kekurangan ,
insyaAllah ana akan meletakkan sedikit gambar yang berkaitan dengan post-post ana ini bagi menjelaskan lagi gambaran diminda kalian pada post yang seterusnya..
wassalamu a'laikum warahmatullah....

Saturday, April 10, 2010

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahirabbila'lamin, wassholatu wassalamu a'la asyrafil anbiyai walmursalin, waa'la alihi wasahbihi ajmai'n.

Syukurku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat ana meluangkan sedikit masa untuk menambah post.

Sepanjang ana berada di sini, banyaklah kenangan, gambaran, teguran dan pelbagai lagi sebagai panduan untuk meneruskan hidup di sini

Ini juga termasuk bagaimana dan apa perasaan bila hndak, sedang dan telah sampai di sini.jadi, ingin ana kongsikan sedikit pengalaman yang ana perolehi.....

akhir bulan 3,
keputusan stam/spm kluar.
mula isi borang ke universiti tempatan dan luar(al-azhar)

bulan 4,
hadir kelas persediaan, kelolaan mmas.
menyelesaikan segala keperluan borang,
-borang kementerian pengajian tinggi
-borang kelulusan pengajian di luar
-sijil dan surat sokongan(photostet dan cop)
*yang penting, sijil ori stam/spm,cabutan surat beranak

bulan 5
program persediaan kelolaan jabatan agama islam, kedah
mohon pinjaman yayasan islam/mara/agensi-agensi

bulan 6,
bayaran tiket kapal(hampir rm2000)secara tunai

akhir bulan 7,awal bulan 8
program bersama jabatan perdana menteri(biro tata negara)

akhir bulan 9,
bertolak ke mesir
tertakluk kepada perubahan, sekadar anggaran

kuliah bermula awal bulan 9 akan tetapi, semakin rancak pada bulan 10.

seterusnya, ketika tiba

disambut urusetia mahasiswa baru,
program pengenalan pmram dan bkan,
kelas pemantapan bahasa a'rab
jaulah makam auliya'
tauzi' sahabat furu'

kemudiannya, anda akan mengalami, mengenali dan menelusuri hidup disini. tidak kira rindu pada siapa, sakit, bergaduh dan segala pengalaman pahit atau manis.....

itulah mesir. insya Allah ana akan menceritakan sedikit sebanyak tentang kuliah ana dan sahabat-sahabat ana yang lain pada post akan datang........
ok, kalau ada kesalahan mohon teguran dan nasihat.
wallahu a'lam, wassalamua'laikum warahmatullah.

Bismillah.....

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia Nya dapat juga diri ini mengemaskini blog yang tak seberapa ini. Blog ni dah dihidupkan lama, pada satu ketika dahulu. Akan tetapi diri ini terasa tidak mampu untuk menguruskannya.

Selawat dan salam keatas nabi dan junjungan mulia Muhammad sallallahu a'laihi wasallam.
Sebenarnya, tidak tergambar apa perasaan yang ada ketika diri ini menulis. Rindu, sedih, gembira dan lain-lain.

Rindu pada negara tercinta, malaysia dan negeri ku, kedah sejahtera.
Rindu pada keluarga, mak, abah, kakak dan adik-adik.
Rindu pada sekolah lama, maktab mahmud yan dan alor setar (sekolah menengah)
Rindu pada guru-guru dan setiap yang banyak berjasa padaku
Sir azman, cikgu ruby (cikgu-cikgu mmy), ustaz a'sim dan guru-guru mmas
Semuanya telah ku tinggalkan hampir setengah tahun(akhir bulan 9, tahun2009-bulan 4,2010)......

lamanya..... hmmm

Sedih, kerana tak banyak ulang kaji, baru sahaja lepas telefon mak(beberapa hari lepas). Mak pesan, ngaji cepat, bagi habis, balik cepat......
Insya Allah mak, saya akan terus berusaha menimba ilmu sebanyaknya untuk semua.

Gembira......, banyak pengalaman, dapat dan mampu bercakap bahasa arab,dapat bertalaqi dengan syeikh dan pelbagai lagi.

ya Allah, syukurku pada Mu,
Moga tidak pernah kurang, malah makin bertmabah,
Rinduku pada Mu, tidak pernah pudar, malah makin mendalam,
Kasihku pada utusan Mu, luas malah tidak berbatas,
ya Allah, moga aku terus berusaha kerana Mu demi agama Mu ISLAM
tercinta, amin.

Moga ana diberi kesempatan untuk mengemaskini blog demi Islam tercinta,
Wassalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.